
Salam sayang untuk sahabat Sis Dila semua
Sebenarnya sejak 9 April 2021 lagi Sis Dila dah berjinak dengan buku Checklist Amalan ini...

Tapi baru sekarang terbuka untuk berkongsi dengan korang semua.
Bukan kerana nak sorok atau nak diam-diamkan, jauh sekali nak sembunyikan.
Tapi Sis Dila nak hayati dan feel dulu...
Sis Dila nak try buat dulu.
Boleh kah aku? mampukah aku?
Bagaimana Sis Dila nak share jika diri sendiri pun tak mampu buat?

Alhamdulillah, dah 2 bulan Sis Dila menjadikan buku Checklist Amalan ni sahabat karib, bermula dengan paksa siri sebenarnya, dan ia bukan mudah.
Kemudian sedikit-semi sedikit dia bertukar menjadi rela diri.
Dan mula hadir rasa indah dan kadang kala berganti keluh kesah.
Keluh kesah jika tak baca zikir yang ada di dalam Checklist ini.

Rasa indah menyelubungi diri bila berjaya habiskan task harian. Sungguh indah.
BUKU CHECKLIST AMALAN
Ini bukan buku
Ini bukan diari
Ini bukan kalender
Ini bukan buku agama
Tapi, ia adalah buku checklist yang bantu Sis Dila untuk beramal dengan lebih teratur.

Iye, sebelum ini memang kita bersolat, tapi nak aim untuk bangun tahajjud tu, sesekali ada terlintas dalam diri.
Tapi ia cuma lintasan macam itu sahaja. tanpa gerakan ke arah tahajjud walau tau kehebatannya. Jika buat pun, tak konsistent.
Jika tinggal, tak rasa apa!

Zikir pun, buat masa ingat je. Bila dah sibuk, terus lupa. Bila ingat baca balik. Macam itulah keadaannya bertahun-tahun.
Sama juga dengan Al-Quran, baca bila rasa nak baca sahaja. Tak dijadikan teman sepanjang masa.
Bila terjebak dengan buku Checklist Amalan ni, rasa makin teratur dan sistematik sangat.
Semua benda berjadual dan tersusun. Dari part doa pagi, zikir, solat wajib/sunat, baca quran sehinggalah ke part sedekah.
Di sini bermula journey 100 hari Sis Dila bersama Buku Amalan Checklist ini.
Bila Sis Dila dah buat, dah feel dan sudah dapat rasa itu...
Baru Allah datangkan rasa untuk berkongsi dengan korang semua.

Sangat miracle
Sangat ajaib
Sangat indah
Sis Dila nak...korang pun rasa sama keindahan ini.

Jom..kita bersama-sama...
Menggapai redhaNya.
Mengharapkan segala keampunan.
Untuk korang yang dapatkan buku ini dari sini, jom kita sama-sama berkumpul dalam satu grup untuk saling membakar semangat, saling berpimpin tangan untuk teruskan journey kita supaya ia jadi tabiat yang berkekalan. Amin.
Jom...